PADANG BOLA SEPAK
2. MENAHAN BOLA
Kemahiran menahan juga boleh dilakukan menggunakan bahagian peha dan dada.
Menahan menggunakan bahagian paha
~ pandang kearah bola. Angkat dan bengkokkan lutut. Gunakan bahagian tengah paha untuk menahan. Serap daya dengan menurunkan sedikit kedudukan paha.
~kemahiran ini digunakan untuk mengawal bola.
~kemahiran ini digunakan apabila menerima bola tinggi
Menahan menggunakan bahagian dada
~Pandang ke arah bola. Gunakan bahagian dada untuk menahan bola. Lentikkan badan ke belakang sebaik-baik sahaja bola menyentuh dada untuk menyerap daya.
~kemahiran ini digunkan untuk mengawal bola.
~kemahiran ini digunakan apabila menerima bola tinggi.
CADANGAN AKTIVITI PENGAYAAN
aktiviti dan permainan
1. permainan lima sepasukan
~murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada lima orang pemain.
~kawasan beraktiviti adalah sebesar padang bola jaring dan dua buah skital diletakkan sebagai tiang gol.
~tujuan permainan ini adalah untuk menjaringkan gol.
~pemain hanya dibenarkan menggunakan tendangan leret dengan sekali sentuhan sahaja.
~jaringan dikira apabila pemain dapat menjatuhkan skital pihak lawan menerusi tendangan leret.
2. Tandukan ratus
~murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan membentuk satu bulatan.
~setiap kumpulan diberikan sebiji bola dan dikehendaki menanduk secara berterusan dalam masa yang ditetapkan.
~sekiranya bola jatuh ke tanah, permainan dan kiraan jumlah tandukan boleh diteruskan sehingga masa tamat.
~kumpulan yang menanduk paling banyak dikira pemenang.
3. bola lontar
~murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada lima pemain.
~sediakan kawasan sebesar padang bola jaring dan satu gelung rotan untuk setiap kawasan gol.
~tujuan permainan ini adalah untuk menjaringkan gol secara menghantar bola kepada rakan yang berada dalam gelung rotan.
~setiap pemain boleh hanya menggunakan tangan untuk menghantar bola kepada rakan.
~jaraingan dikira apabila setiap pemain yang berada dalam gelung rotan dapat menangkap bola tanpa keluar daripada gelung rotan.