BUNTAL TEAM

BUNTAL TEAM

Sunday, 13 May 2012

Gambar Buntal Team

Melayari internet mencari bahan-bahan tugasan   

 











Sesi perbincangan bersama kumpulan berpusat di SK. Spaoh












Berbicang dan mengumpul semua bahan untuk Blog Buntal Team













Mencari idea dan bahan-bahan untuk blog


Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani

MODUL
RANCANGAN PENGAJARAN
&
PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Contoh Rancangan Pengajaran Harian 

Masa                                 :    60 minit
Mata Pelajaran               :    Pendidikan Jasmani Tahun 4
Tunjang                             :    2.        Kemahiran
Tajuk                                 :    2.1       Permainan
Kemahiran                        :    2.1.2   Bola Sepak
                                                            a)     Kemahiran Asas Menendang Bola
                                                            b)     Kemahiran Asas Menahan Bola
Hasil Pembelajaran        :   Di akhir pelajaran ini, murid dapat;
a)   Psikomotor:
  1. Menendang bola secara leret dalam jarak 10 meter tepat ke arah kawan 3 daripada 5   percubaan;
  2. Menahan bola yang dihantar secara leret dan tinggi oleh rakan dalam jarak 10 meter dan dapat menahan 3 daripada 5 hantaran..
b)   Kognitif:
  1. Menyatakan aspek-aspek keselamatan semasa bermain permainan bola sepak;
  2. Menyatakan kemahiran asas bola sepak yang telah dipelajari.
c)   Afektif:
  1. Bekerjasama dengan rakan semasa beraktiviti;
  2. Ikhlas membantu rakan dalam mempelajari kemahiran baharu.
Kesediaan Murid:
a)      Murid pernah bermain bola bersama rakan.
b)      Murid pernah mengikuti perkembangan bola sepak negara menerusi akhbar.
Strategi Utama Pengajaran: Belajar Cara Belajar

Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

1.   Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan.
2.   Guru dengan bantuan beberapa orang murid melakukan tunjuk
      cara lakuan menendang dan menahan bola.
3.   Secara perpasangan murid dikehendaki melakukan aktiviti :
      a)   tendangan leret
      b)   tentangan tinggi
      c)   menahan bola menggunakan bahagian dalam kaki.
      d)   menahan bola menggunakan bahagian tapak kaki.
4.   Murid bermain permainan kecil, Lima Sepasukan.
5.   Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid melakukan
      aktiviti menyejukkan badan dan sesi refleksi.
6.   Guru dan murid berbincang tentang kesilapan yang telah murid
      lakukan semasa menendang dan menahan bola.
Pengukuhan :

            *         Murid diminta mencari gambar daripada keratan akhbar tentang
                        kemahiran yang dipelajari dan dimasukkan ke dalam folio.
Alat Bantuan Mengajar :

*    Bola Sepak,
 *    Skital
 *    Wisel
 *    Baju bib
 *    Keratan Akhbar dan majalah
 *    Komputer
Nilai Murni :

            *    Bekerjasama
             *    Mematuhi Peraturan
            *    Kesyukuran
Refleksi    :

 ------------------------------------------------------------------------------
 --------------------------------------------
----------------------------------

Friday, 4 May 2012

LATIHAN


PILIH JAWAPAN YANG PALING SESUAI

1. Berikut ialah kemahiran dalam permainan bola sepak kecuali…
            A         menendang
            B          menahan
            C          merejam

2.          

Gambar menunjukkan kemahiran __________________ dalam permainan bola sepak.
            A         menendang
            B          menahan
            C          menepis


3. Mendada adalah kemahiran _________________ dalam permainan bola sepak.
            A         menahan
            B         menangkap
            C         menahan


4. Tendangan tinggi sesuai untuk hantaran…
            A         jauh
            B         dekat
            C         belakang
 


5.Gambar di bawah menunjukkan kemahiran menahan bola menggunakan...
          A         bahagian jari kaki
          B         bahagian dalam kaki
          C         bahagian dalam kaki


KEMAHIRAN ASAS BOLA SEPAK ~BUNTAL TEAM~

GAMBAR ASAS KEMAHIRAN BOLA

TENDANGAN LERET

MENAHAN BOLA MENGGUNAKAN BAHAGIAN DALAM KAKI

MENDADA

MENANDUK BOLA

MENENDANG BOLA

KEMAHIRAN MENGAWAL BOLA



NOTA PANDUAN GURU


PADANG BOLA SEPAK


2. MENAHAN BOLA
Kemahiran menahan juga boleh dilakukan menggunakan bahagian peha dan dada.

Menahan menggunakan bahagian paha
~ pandang kearah bola. Angkat dan bengkokkan lutut. Gunakan bahagian tengah paha untuk menahan. Serap daya dengan menurunkan sedikit kedudukan paha.
~kemahiran ini digunakan untuk mengawal bola.
~kemahiran ini digunakan apabila menerima bola tinggi

Menahan menggunakan bahagian dada
~Pandang ke arah bola. Gunakan bahagian dada untuk menahan bola. Lentikkan badan ke belakang sebaik-baik sahaja bola menyentuh dada untuk menyerap daya.
~kemahiran ini digunkan untuk mengawal bola.
~kemahiran ini digunakan apabila menerima bola tinggi.


CADANGAN AKTIVITI PENGAYAAN

aktiviti dan permainan
1. permainan lima sepasukan
~murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada lima orang pemain.
~kawasan beraktiviti adalah sebesar padang bola jaring dan dua buah skital diletakkan sebagai tiang gol.
~tujuan permainan ini adalah untuk menjaringkan gol.
~pemain hanya dibenarkan menggunakan tendangan leret dengan sekali sentuhan sahaja.
~jaringan dikira apabila pemain dapat menjatuhkan skital pihak lawan menerusi tendangan leret.


2. Tandukan ratus
~murid dibahagikan  kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan membentuk satu bulatan.
~setiap kumpulan diberikan sebiji bola dan dikehendaki menanduk secara berterusan dalam masa yang ditetapkan.
~sekiranya bola jatuh ke tanah, permainan dan kiraan jumlah tandukan boleh diteruskan sehingga masa tamat.
~kumpulan yang menanduk paling banyak dikira pemenang.
3. bola lontar
~murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada lima pemain.
~sediakan kawasan sebesar padang bola jaring dan satu gelung rotan untuk setiap kawasan gol.
~tujuan permainan ini adalah untuk menjaringkan gol secara menghantar bola kepada rakan yang berada dalam gelung rotan.
~setiap pemain boleh hanya menggunakan tangan untuk menghantar bola kepada rakan.
~jaraingan dikira apabila setiap pemain yang berada dalam gelung rotan dapat menangkap bola tanpa keluar daripada gelung rotan.





KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA SEPAK


Tujuan seseorang pemain mengawal bola adalah untuk mengawal bola yang ditujukan
kepadanya supaya tindakan selanjutnya dapat dilakukan dengan mudah. Bahagian-bahagian
badan yang berikut boleh digunakan untuk mengawal bola iaitu melalui:
  • · Hujung kaki (bahagian kekura kaki, perut kaki, luar kaki dan tapak kaki)
  • · Batang kaki (peha dan bahagian bawah lutut)
  • · Kepala
  • · Dada
  • · Perut
Semasa bersentuh dengan bola, bahagian badan yang terlibat hendaklah dileturkan atau dilembutkan untuk mengurangkan hentaman bola ke atas badan. Jika bahagian badan yang menahan bola ditegangkan, bola itu akan melantun semula dan bola susah untuk dikawal.
Mata hendaklah mengikut pergerakan bola sehingga ia dapat dikawal dengan bahagian badan yang sesuai. Tangan pemain pula memainkan peranan untuk mengimbangkan badan. Cara-cara mengawal bola ialah dengan :

  1. Menggunakan perut kaki(Rajah a)
  2. Menggunakan luar kaki (Rajah b)
  3. Menggunakan tapak kaki (Rajah c)
  4. Menggunakan peha (Rajah d)
  5. Menggunakan perut dan juga lutut (Rajah dibawah )